Muhasabah Diri............


                                               
Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk. Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan. Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menuding jari dan menyalahkan orang lain.Ingatlah bahawa tiada seorang pun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Senyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

No comments:

Post a Comment