Wednesday, 28 March 2012

Saat kejayaan.........



Saat kejayaan ditagih,
Usaha itu menjadi taruhannya.

Saat kejayaan diharapkan,
Konsentrasi itu menjadi ukurannya.

Saat kejayaan didambakan,
PadaNya saja disandarkan segala.

Semoga kejayaan itu bisa kita miliki suatu saat nanti......... fighting!

Thursday, 22 March 2012

Alhamdulillah, Naim Terus Gemilang :D

Bismillahirrahmaanirrahim ... Alhamdulillah, seinfiniti syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana berkat dan limpah kurniaNya, calon SPM Sekolah Berprestasi Tinggi SMKA Naim Lilbanat 2011 buat julung kalinya berjaya memecahkan rekod sekolah dengan menempatkan sekolah kami di tempat pertama seluruh negeri Kelantan. Hal demikian adalah kerana calon SPM 2011 sekolah kami telah berjaya menewaskan sekolah-sekolah lain dengan mendapat keputusan cemerlang apabila 36 telah melakar sejarah dengan keputusan 11A. Manakala 6 orang daripada mereka telah cemerlang dengan meraih 11A+. Kejayaan ini bukan sahaja membuka rekod sejarah baru buat sekolah ini, malah memberi semangat baru yang maha hebat buat calon SPM yang akan datang. Mereka berjaya membuktikan bahawa semua orang mampu menggapai kejayaan cemerlang tanpa mengira walau siapapun calonnya. Tiada istilah saya tidak mampu selagi kita masih bernafas :)
36 puteri-puteri Naim yang mengharumkan nama sekolah :)
wajah ceria puteri-puteri Naim memegang slip 11A+
bestnya ! nak jugakk . amiiin :') Semoga calon calon SPM tahun 2012 akan dapat mengekalkan prestasi cemerlang sekolah tahun ini. *takpun, naik sikit takpe dah . heee

Friday, 16 March 2012

Watikah perlantikan

Assalamuaalaikum,
Alhamdulillah akhirnya majlis watikah perlantikaan bagi badan kepimpinan SMKA(A) Naim Lilbanat berjalan dengan lancar.Kami sesungguhnya berasa amat bersyukur dan gembira setelah berjaya merangkul watikah yang menandakan perlantikan kami sebagai pengawas pusat sumber pada tahun 2012 ini.