Wednesday, 28 March 2012

Saat kejayaan.........



Saat kejayaan ditagih,
Usaha itu menjadi taruhannya.

Saat kejayaan diharapkan,
Konsentrasi itu menjadi ukurannya.

Saat kejayaan didambakan,
PadaNya saja disandarkan segala.

Semoga kejayaan itu bisa kita miliki suatu saat nanti......... fighting!

Thursday, 22 March 2012

Alhamdulillah, Naim Terus Gemilang :D

Bismillahirrahmaanirrahim ... Alhamdulillah, seinfiniti syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana berkat dan limpah kurniaNya, calon SPM Sekolah Berprestasi Tinggi SMKA Naim Lilbanat 2011 buat julung kalinya berjaya memecahkan rekod sekolah dengan menempatkan sekolah kami di tempat pertama seluruh negeri Kelantan. Hal demikian adalah kerana calon SPM 2011 sekolah kami telah berjaya menewaskan sekolah-sekolah lain dengan mendapat keputusan cemerlang apabila 36 telah melakar sejarah dengan keputusan 11A. Manakala 6 orang daripada mereka telah cemerlang dengan meraih 11A+. Kejayaan ini bukan sahaja membuka rekod sejarah baru buat sekolah ini, malah memberi semangat baru yang maha hebat buat calon SPM yang akan datang. Mereka berjaya membuktikan bahawa semua orang mampu menggapai kejayaan cemerlang tanpa mengira walau siapapun calonnya. Tiada istilah saya tidak mampu selagi kita masih bernafas :)
36 puteri-puteri Naim yang mengharumkan nama sekolah :)
wajah ceria puteri-puteri Naim memegang slip 11A+
bestnya ! nak jugakk . amiiin :') Semoga calon calon SPM tahun 2012 akan dapat mengekalkan prestasi cemerlang sekolah tahun ini. *takpun, naik sikit takpe dah . heee

Friday, 16 March 2012

Watikah perlantikan

Assalamuaalaikum,
Alhamdulillah akhirnya majlis watikah perlantikaan bagi badan kepimpinan SMKA(A) Naim Lilbanat berjalan dengan lancar.Kami sesungguhnya berasa amat bersyukur dan gembira setelah berjaya merangkul watikah yang menandakan perlantikan kami sebagai pengawas pusat sumber pada tahun 2012 ini.










Thursday, 9 February 2012

New Job New Month New Spirit

Bismillahirahmanirahim,

Day by day,we as the Naim librarians gain a lot of works to do. But its not a big deal for us. Because we enjoy so much doing all this works. We're helping people. And we're making them easier to do something.

Aktiviti utama kami pada awal tahun 2012 ini adalah "Gotong-Royong Pusat Sumber".As we have already decided last year to renovate the library,And finally our decision comes true. Perpustakaan kami akhirnya telah di ubahsuai hampir 100%.Namun bangunan yang digunakan adalah yang sama.Kami sebagai ppss Naim telah bergotong-royong selama hampir dua bulan untuk merubahnya menjadi sebuah ppss yang lebih bermakna,istimewa,dan mampu manarik lebih ramai pelajar dan kakitangan untuk melawatinya.Maklumlah,pusat sumber adalah sebahagian daripada tempat2 utama yang terpenting di sekolah.Sebagai ppss yang bertanggungjawab atas Perpustakaan Naim,kami akan terus berusaha untuk meningkatkan prestasi dalam memajukan Pusat Sumber,Biro-biro serta segala hal yang berkakitan denganya.Tidak juga kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Azimah yang telah banyak membantu kami,berusaha sedaya mungkin memajukan PSS Naim.

Selain itu,untuk pengetahuan kalian juga,kami kini sedang sibuk merancang dan membuat persiapan bagi konfrensi PPSS yang bakal diadakan buat julung kalinya. Alhamdulillah,permohonan kami untuk mengadakan konfrensi bagi tahun ini diluluskan oleh Pengetua sekolah kami iaitu Puan Hajah Maimunah Ismail walaupun terdapat beberapa halangan.Oleh sebab itu,kami sedang "strive and struggle" untuk memberikan yang terbaik kepada para sahabat ppss dari pelbagai sekolahyang akan berkunjung ke sekolah kami..Diharapkan segala usaha kami berjalan dengan lancar.Insya_Allah.

salam ukwah dari ana _Intan Nadirah_librarian form 4_

Thursday, 29 December 2011

Muqaddimah :D

Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana atas keizinanNya, maka terhasillah sebuah blog yang ringkas mampu dihasilkan oleh saya selaku pengawas pusat sumber Naim. Saya berharap semoga kami akan terus bergiat maju dalam bidang kami. Semoga dengan blog ini, kami mampu meningkatkan kualiti hasil kerja kami dengan berinteraksi secara tidak langsung dengan organisasi sekolah-sekolah lain. Moga segala kerja buat ini akan menjadi satu ibadah di bawah lembayung redhaNya duniawi & ukhrawi :)